Sunday 3 February 2013

KOMSAS- Cerpen

HARGA SEBUAH LUKISAN

Tema
Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.

Persoalan
(a) Kesungguhan mengasah bakat : tujuan Kamal Hijaz menyertai pertandingan melukis bukanlah
     untuk menag ,tetapi untuk mengasah bakat melukis yang dimilikinya.

(b) Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup :Kamal Hijjaz tidak berputus asa walaupun dia
      kesuntukan masa ketika pertandingan melukis berlangsung.Dia tetap mencuba dan akhirnya dia
      mendapat tempat pertama.

(c)  Keinsafan atas kesalahan yang telah dilakukan : Maryati insaf akan perbuatan khianatnya   
      terhadap KH dan dia meminta maaf atas kesalahan yang dilakukanya terhadap sahabatnya itu.

(d)  Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang :KH sedia memaafkan Maryati dan mereka
     bersetuju untuk terus menjalinkan persahabatan serta bertukar –tukar kertas soalan peperiksaan
     sekolah masing- masing kelak.
Watak dan Perwatakan
(a) Kamal Hijjaz
     i- Berbakat dalam bidang lukisan :KH sering mendapat A dlm ujian melukis di sekolah .
    ii- Gigih berusaha :KH gigih berlatih melukis menjelang pertandingan melukis .
   iii- Pandai menjaga hati kawan:KH menerima pelawaaan Maryati untuk makan sate bersama-sama
        walaupun dia sudah kenyang.
iv- Bersikap terbuka dan pemaaf : KH memaafkan Maryati yg telah mengkhianatinya semasa
     pertandingan melukis tempoh hari

(b)Maryati
    i- Rakan kepada Kamal Hijjaz.
    ii- Peramah dan mudah mesra .
   iii- Licik : Maryati menukarkan kertas lukisan KH ketika rakanya itu mencuci pinggan di kantin
        sekolah .
Iv- Insaf dan menyesali perbuatanya .

(c) Norela
    i-Rakan kepada Kamal Hijajaz.
   ii-Berkawan rapat dengan Maryati.
  Iii-Peramah dan ceria.

Gaya Bahasa

Personifikasi
- Di langit, burung layang-layang sedang berlegar bermain angin. (hal. 80)

Peribahasa
- Kata-kata keramat Hang Tuah masih terpahat. “tak akan Melayu hilang di dunia” (hal. 85)

Bahasa Inggeris
- Water colour, poster colour (hal. 80)

Simile
 - Gambaran pertikaman kedua-dua pahlawan itu bagaikan wujud di hadapan matanya. (hal. 85)

Bahasa Arab
- Insya-Allah (hal. 89)

Nilai dan Pengajaran

Kasih sayang
>>>Kita hendaklah menyayangi kawan-kawan
Keberanian
>>> Kita mesti berani mengakui kesalahan yang kita lakukan.
Kemesraan
>>>Kita mesti menjalin kemesraan antara satu sama lain
Pemaaf
 >>>Kita mesti sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
Pemurah
>>>Kita seharusnya mempunyai sifat pemurah dalam diri.

Latar
Masa

a)Tiga hari. Contohnya,Kamal Hijaz berlatih melukis gambar
pemandangan di sawah padi dan juga gambar Hang Tuah dan
Hang Jebat sedang bertikam.

b)Hari Sabtu. Contohnya,pertandingan melukis peringkat daerah
dijalankan.

c)Dua jam. Contohnya,tempoh masa yang diberikan kepada para
peserta untuk menyiapkan lukisan masing-masing dalam
pertandingan melukis peringkat daerah.

d)Hari Isnin,iaitu hari perhimpunan sekolah.Contohnya,Pengetua
sekolah Kamal Hijaz mengumumkan nama-nama pemenang
pertandingan melukis peringkat daerah.

Tempat

a)Di taman mini sekolah- Kamal Hijaz duduk bersandar
pada bangku yang terletak berhampiran dengan taman
mini sekolah.

b)Di kantin sekolah- Tempat Kamal Hijaz dan Norlela
mencuci pinggan dan gelas selepas mereka makan.

c)Di Sekolah Menengah Sirusa- Lokasi pertandingan
melukis peringkat daerah dilangsungkan.

Masyarakat
a)Masyarakat yang dikurniakan bakat dalam bidang seni lukis.
Contohnya,Kamal Hijaz mewaris bakat melukis yang dimiliki
oleh ayahnya.

b)Masyarakat terpelajar. Contohnya,Kamal Hijaz,Maryati,dan
Norlela terdiri daripada murid tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Sirusa.

c)Masyarakat pendidik yang bertanggungjawab.
Contohnya,Cikgu Salina mengingatkan murid-murid yang
berminat untuk menyertai pertandingan melukisn itu supaya
membuat persediaan rapi dengan berlatih melukis di rumah.

d)Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya,Kamal Hijaz gigih
berlatih melukis hasil karyanya agar nampak cantik dan
menarik.

e)Masyarakat yang iri hati sehingga sanggup mengkhianati orang
lain. Contohnya,Maryati berasa iri hati dengan kelebihan serta
bakat yang dimiliki oleh Kamal Hijaz sehingga dia sanggup
mengkhianati rakannya itu agar tidak memenangi
pertandingan melukis yang mereka sertai.

f)Masyarakat yang berhati mulia. Contohnya,Kamal Hijaz telah
memaafkan kesalahan Maryati dan bersedia melupakan
perkara yang telah berlaku dengan hati yang terbuka.



























No comments:

Post a Comment