Saturday 23 February 2013

Karangan C- Isu-isu




1.     AKTIVITI GOTONG-ROYONG (1 MALAYSIA)

Kebaikan
-           mengeratkan tali persaudaraan
-           alam sekitar bersih daripada pencemaran
-           mengelakkan wabak atau penyakit
-           mewujudkan persekitaran yang ceria dan nyaman
-           menjimatkan masa
-           banyak aktiviti dapat disempurnakan dalam sesuatu masa
-           meringankan kerja
-           memupuk semangat setiakawan
-           mewujudkan budaya kerja berkumpulan
-           melahirkan semangat kekitaan
-           memupuk perpaduan antara kaum
-           menjauhi sikap ego
-           menjauhi sikap individualistik

Ungkapan / peribahasa / cogan kata
1.     “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
2.     “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”
3.     “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”


2.     RUMAH TERBUKA

Kebaikan
-           menambah kenalan
-           mengeratkan tali persaudaraan
-           memupuk semangat setiakawan
-           menyemai semangat muhibah
-           menyelami penderitaan orang lain
-           melahirkan semangat kekitaan
-           memupuk perpaduan antara kaum
-           menghormati hak asasi sesama manusia
-           menjauhi rasa rendah diri golongan tertentu
-           menjauhi sikap individualistik
-           menjauhi sikap ego
-           menyelami kepercayaan, budaya dan adat resam kaum lain

Ungkapan / peribahasa / cogan kata
1.     “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
2.     “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”
3.     “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”


3.     PRESTASI SUKAN NEGARA

Intro
Prestasi sukan negara menjadi bahan ketawa 
“Jaguh Kampung” 
sentiasa gagal mengekalkan kecemerlangan 

Punca-punca kemerosotan
-           pemain / atlet bersikap sambalewa
-           kuasa luar mencampuri urusan dalaman
-           kurang pendedahan tentang teknik terkini, corak permainan, peraturan atau sistem pengadilan
-           kemudahan prasarana sukan
-           jurulatih tidak fokus
-           ganjaran tidak setimpal dengan kejayaan
-           lokasi latihan yang tidak sesuai
-           panel peraju badan sukan tiada kepakaran dalam persatuan yang dipegang
-           kaedah pemilihan pemain / atlet yang kurang mantap
-           ketiadaan penaja bagi sukan yang kurang popular
-           kurangnya sesi bersemuka antara pemain, jurulatih atau pengurus

Langkah-langkah untuk peningkatan mutu sukan
-           pastikan kebajikan pemain / atlet dijaga ~ gaji / imbuhan / cuti / kecederaan
-           elakkan  campur  tangan  individu  luar  (politikus / pengurus / penaja) dalam penentuan  pemain   /atlet, corak latihan atau sistem permainan 
-           kempen kesedaran kepada para pemain/atlet, kaum keluarga, penyokong
-           banyakkan menyertai pertandingan untuk tujuan peningkatan mutu persembahan
-           perlengkap infrastruktur sukan ~ kompleks sukan / padang / pengangkutan / rawatan
-           gunakan jurulatih yang benar-benar berwibawa dan patriotik
-           sediakan ganjaran yang wajar dengan persembahan pemain / atlet
-           hantar pemain / atlet berlatih di luar negara
-           sesuaikan tempat latihan dengan lokasi pertandingan sebenar
-           pastikan peneraju badan-badan sukan terdiri daripada mereka yang arif tentang sukan
-           kenal pasti bakat dan potensi pemain / atlet  yang tinggal jauh dari lokasi pemilihan
-           menyediakan sesi kaunseling atau “post mortem” sebelum dan selepas sesuatu pertandingan

Penutup
-           perlu kerjasama semua pihak
-           jangan menuding jari kepada orang lain
-           kembalikan negara ke persada bintang

Ungkapan / peribahasa / cogan kata
1.     “Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai”
2.     “Rezeki secupak tidak akan jadi segantang”
3.     “Mutiara tidak dimuntah timbul oleh laut”
4.     “Majulah Sukan untuk Negara”


4.     PUNCA KEMEROSOTAN PRESTASI MURID DALAM PEPERIKSAAN

Intro
-           isu besar dalam proses pembentukan masyarakat hadhari
-           gagal menyediakan generasi berilmu untuk kepemimpinan masa depan
-           perlukan usaha drastik
-           FPK memerlukan insan yang seimbang daripada segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani

Punca kemerosotan
-           senario sistem pendidikan semasa – semua berhak mendapat pendidikan sepanjang hayat
-           kurang menumpukan perhatian kepada P & P
-           kurang mengulang kaji pelajaran
-           kurang melakukan aktiviti latih tubi
-           kurang berminat dalam budaya ICT
-           kurang ilmu tentang pengurusan masa
-           tidak membentuk kumpulan semasa belajar
-           tidak mengikuti kelas tuisyen subjek kritikal
-           kerap ponteng kelas bimbingan di sekolah
-           pengaruh daripada persekitaran (kawan, kakak, abang)
-           kurang dorongan / keprihatinan daripada ibu bapa
-           mengabaikan penggunaan internet atau pusat sumber
-           masalah dalam institusi keluarga
-           tidak mengikuti program motivasi
-           tidak memberi perhatian kepada kertas soalan:
-           tidak memahami kehendak soalan
-           tidak arif tentang tatacara menganalisis umpanan jawapan
-           tidak ambil berat tentang skema pemarkahan
-           tidak ambil peduli tentang format penjenisan karangan
-           tidak melakukan analisis kekerapan soalan

Penutup
-           perlu kerjasama semua pihak
-           jangan menuding jari kepada orang lain
-           berusaha memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ungkapan / peribahasa / cogan kata
1.     “Bagai air mencari jenisnya”
2.     “Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai”
3.     “Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar”


5.     PERMAINAN TRADISIONAL

Warisan agung generasi silam - wau / gasing / congkak / batu seremban / kunda-kundi - semakin dilupakan - banyak permainan moden yang berasaskan komputer dan lebih berfokus kepada kekuatan mental dan fizikal - nilai-nilai tradisi semakin lenyap - perlu dihidupkan semula.

Cara mengatasi
-           Kempen kesedaran untuk mempopularkan kembali permainan tradisional - ceramah / pameran /
            demontrasi / iklan / filem dokumentari.
-           Kerajaan / swasta / individu tertentu perlu anjurkan pertandingan pada semua peringkat - beri ganjaran.
-           Tubuhkan Kelab Permainan Tradisional di sekolah - beri pendedahan awal kepada murid-murid - 
            dapatkan khidmat  jurulatih luar.
-           Komersialkan permainan trasional - iktirafkan pemenang sebagai tokoh sukan negara - beri ganjaran - 
            wawancara ditelevisyen.
-           Media Massa perlu memainkan peranan untuk memperkenalkan permainan tradisional  kepada umum
            dan mempengaruhi khalayak untuk mencubanya.
-           Bukukan peraturan permainan tradisional dan edarkan secara percuma.
-           Modifikasikan peralatan agar lebih teruja.
-           Mewujudkan sebuah muzium permainan tradisional - tonjolkan keistimewaan pemainan tradisional
           daripada pelbagai sudut.
-           Wajibkan semua hotel menganjurkan sukan permainan tradisional untuk menggalakkan kedatangan
            pelancong.

Perlu diwariskan kepada generasi akan datang - mengekalkan budaya bangsa dan identiti nasional - andaikata inisiatif tertentu tidak diambil, pasti warisan nenek moyang kita yang unik ini akan berkubur begitu sahaja.

Peribahasa / Kata Hikmat
1.     “Budaya Menunjukkan Bangsa”
2.     “Cuti-Cuti Malaysia”
3.     “Kalau hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”
4.     “Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”


6.     FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM

Kokurikulum - aktiviti luar darjah - bermanfaat - berkesan  untuk membentuk  pelajar  kreatif, progresif, dinamis, berdaya saing, dan berwawasan - persatuan, unit uniform serta sukan dan permainan - dua jam seminggu – mempunyai pelbagai faedah.

-           Penglibatan  dalam aktiviti sukan membina tubuh yang cergas dan minda  yang cerdas - tubuh akan
            menjadi sihat – sukar di jangkiti penyakit.
-           Apabila kita berpeluh, badan akan mengeluarkan toksin dan proses pembakaran  lemak  yang  terjadi 
            pula  akan bertindak mengawal masalah  obesiti.
-           Dapat mengembangkan bakat, kewibawaan dan melatih sifat-sifat kepemimpinan.
-           Lahir nilai kesabaran, kerjasama, hormat-menghormati,  toleransi  dan  muhibah  yang akan mewujudkan
            suasana ceria dan harmoni dalam kalangan  masyarakat.
-           Mengisi masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat.
-           Bijak membahagi masa - menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala negatif (mencuri / melepak /
            menagih dadah /memeras ugut / membuli).  
-           Melonjakkan imej diri dan mengharumkan nama sesebuah institusi - mampu meraih  pelbagai  imbuhan 
            dan  ganjaran. 
-           Menekankan amalan bekerja secara berpasukan - menjimatkan masa, tenaga dan  material.
-           Membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal.
-           Keaktifan dalam kokurikulum merupakan tiket untuk mendapat tempat di SBP dan IPT.
-           Menambahkan pengalaman yang sedia ada.
-           Membina semangat berdikari dan jati diri.
-           Memupuk  sikap setiakawan.
-           Menambahkan kenalan.

Aktiviti  kokurikulum  menjana  idea  dan  kemahiran  kreatif  -  aktiviti  kokurikulum  mampu  membentuk  insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Peribahasa / Kata Hikmat
1.     Muafakat Membawa Berkat
2.     Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
3.     Masa itu emas
4.     Badan cergas, minda cerdas








 

No comments:

Post a Comment