Tuesday 28 May 2013

Pakej Percutian



Soalan 1-7

1. 
Para tamu mendoakan agar  pasangan pengantin
itu hidup bahagia hingga _______  akhir hayat.


A
ke

B
kepada

C
dengan

D
sampai

 2. 
Shalin Zulkifli adalah _________ pemain boling terbaik negara.


A
di antara

B
antara

C
daripada

D
dari

 3. 
Warga emas itu meninggal dunia setelah sekian lama___ ________ sakit.


A
terduduk

B
terkujur

C
terbujur

D
terlantar

4.
Encik Che Din  sedang menyusun fail  yang _________ di atas mejanya.


A
terdampar

B
terlonggok

C
tersepah

D
terpampang

 5. 
Projek-projek industri kecil desa dapat ________ pendapatan penduduk luar bandar.


A
menjana

B
menjamin

C
menjadi

D
menjulang


 6. 
Dia terkejut__________mendengar berita kematian sahabat akrabnya itu.


A
bila

B
apabila

C
semasa

D
sejak





7.
Beberapa_________rokok telah dijumpai oleh pengawas itu di dalam tandas
pelajar lelaki.


A
puntung

B
batang

C
pucuk

D
bilah


 8. 
Peraduan ‘Teka Tokoh’ yang dianjurkan oleh syarikat akhbar itu_________hadiah
 yang lumayan kepada pemenangnya.


A
Memberikan

B
Menjanjikan

C
Menawarkan

D
mengumumkan
  






9.
__________itu dibina sebagai mengingati jasa pahlawan-pahlawan yang berjuang
 untuk keamanan dan kedaulatan negara.


A
Tugu

B
Makam

C
Mural

D
Arca

 10. 
Penduduk kampung yang dilanda banjir itu_________menyelamatkan harta
benda mereka daripada dihanyutkan air.


A
bertungkus-lumus

B
bermati-matian

C
berhempas-pulas

D
berdolak-dalik

  
jejantas_bumbung

11.
_______ itu dibina untuk memudahkan orang ramai menyeberangi jalan raya yang sibuk itu.


A
Jejambat

B
Jejantas

C
Titi

D
Landasan


 12. 
Para pengguna yang tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli boleh
membuat aduan__________persatuan pengguna.


A
pada

B
kepada

C
di

D
ke


13. 
Jenazah itu akan_______tengah hari esok.


A
dikebumikan

B
disimpan

C
ditanam

D
dikambus

 14. 
Komposer itu sedang mencari ilham untuk________sebuah lagu baru.


A
mengarang

B
menggubah

C
mencipta

D
menulis

15. 
Penduduk kampung itu hidup dalam harmoni dan saling ______ antara satu sama lain.


A
menghormati

B
hormat-menghormati

C
berhormat

D
terhormat

  

16.
Habis pakaiannya _______ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.


A
compang-camping

B
comot-momot

C
koyak-rabak

D
serbah-serbih


  
temuramah

17.
Wartawan itu sedang _______ tokoh korporat yang berjaya dalam bidang automotif .


A
menemu duga

B
menyoal siasat

C
menemu ramah

D
mengulang kaji

 18. 
Ibu menyerahkan urusan __________ tanah pusaka itu kepada anak lelaki sulungnya.


A
jual beli

B
pajak gadai

C
kerja sama

D
kuasa mutlak




 19. 
“Sudikah_________berdua datang ke rumah saya hujung minggu ini?” tanya Jamil
kepada Bakar dan Hamid.


A
anda

B
kalian

C
engkau

D
kami


 20. 
Tiada sesiapapun dalam syarikat itu dapat mengesan penyelewengan yang dilakukan
oleh Encik Hamidi kerana dia menjalankan kegiatannya dengan sungguh_________.


A
licin

B
licik

C
lancar

D
ligat

 21. 
Puan Rohani bersikap adil dengan tidak menyebelahi________pihak.


A
siapa

B
sesiapa

C
mana

D
mana-mana


 22. 
Beberapa ekor anjing liar yang ________di kawasan perumahan itu telah
ditangkap oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani.


A
berkeliaran

B
berserakan

C
bertempiaran

D
berhampiran

 23. 


Abang terpaksa_______basikal kerana tayar basikalnya bocor.


A
menonton

B
menolak

C
menuntun

D
mengheret

 24. 
Syamsul Akmal terpaksa dibawa ke hospital kerana kakinya ________ular.


A
dipatuk

B
dilulur

C
digigit

D
digerit

 25. 
Roslina mempercayai________akan cerita yang disampaikan oleh Salleh
kepadanya sebentar tadi.


A
bulat-bulat

B
benar-benar

C
betul-betul

D
sungguh-sungguh

 26. 
Para peminat Mila  yang ingin menyaksikan konsert sulungnya telah_________
stadium itu sejak petang lagi.


A
mengerumuni

B
membanjiri

C
mengelilingi

D
mengunjungi

  
farah_menangis

27.
Farah menangis__________kerana disingkirkan daripada pertandingan nyanyian yang
disertainya.


A
teresak-esak

B
tersedu-sedan

C
tersipu-sipu

D
terenjut-enjut






 28. 
Halimah dapat mendengar tikus-tikus___________di dalam stor dibelakang   rumahnya.


A
bercicit

B
bercicip

C
bernyanyi

D
Berdecit

 29. 
Kebanyakan pemuda di kampung itu telah berhijrah ke ___________ Kuala Lumpur untuk
 mencari rezeki.


A
bandaraya

B
bandar raya

C
bandar besar

D
pekan besar

 30. 
Jabatan Perdana Menteri telah memutuskan bahawa mesyuarat___________kali ini akan
diadakan di negeri Perlis.


A
menteri besar-menteri besar

B
menteri-menteri besar

C
menteri besar-besar

D
menteri-menteri Besar

 31. 
Se_______ kain yang dijumpai di tempat kejadian telah diambil oleh pihak polis untuk
dijadikan bahan bukti.


A
cubit

B
keping

C
cebis

D
lembar

  

32.
Tubuh penagih dadah itu kurus____________.


A
agak

B
amat

C
paling

D
terlalu

 33. 
Cikgu Ahmad_________Bahasa Melayu kepada murid-murid Tingkatan Tiga Delima.


A
mengajar

B
mengajari

C
mengajarkan

D
ajar



 34. 
_________sahaja pintu kandang itu dibuka, lembu – lembu itu pun bertempiaran
ke padang  ragut.


A
Sekilas-kilas

B
Sepintas-pintas

C
Sebaik-baik

D
Semahu-mahu

  

35.
Pekerja – pekerja itu sedang________barang – barang dari lori kontena itu.


A
memunggah

B
membawa

C
mengandar

D
mengusung

 36. 
Encik Mukhtar  __________ bapa kepada kanak – kanak yang mendapat kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan  itu.


A
ialah

B
antara

C
adalah

D
seperti

  



37.
Warkah itu diterima_________buah hatinya yang berada di luar negara.


A
dari

B
daripada

C
kepada

D
pada

 38. 
Ibu sedang _________ nasi di dapur untuk persediaan makan malam.


A
memasak

B
mereneh

C
menjerang

D
menanak

  

39.
Mak Leha sedang__________ sebuah bakul berisi padi.


A
menjinjing

B
menatang

C
menjunjung

D
mengendong

 40. 
Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah akan _______ buku tentang sejarah
hidup Paduka Mat Salleh.


A
mencetak

B
menjilidkan

C
mencipta

D
menerbitkan

 41. 
Setiap pemandu kenderaan yang telah tamat tempoh lesen memandu
dinasihatkan agar _______ lesen masing – masing.


A
memperbaharukan

B
membarukan

C
memperbaharu

D
membarui

 42. 
Konsultan Pembinaan Harum Manis Sdn. Bhd. sedang_______ perniagaannya
 ke Uganda.


A
memperbesar

B
memperbesarkan

C
memperluas

D
memperluaskan

43. 
Tindakan kerajaan membina jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan
 Pulau peranginan itu terpaksa _______ kerana kegawatan ekonomi.


A
ditangguhkan

B
dihentikan

C
ditunda

D
dilanjutkan

 44. 
Orang ramai yang menyaksikan pertunjukan payung terjun ______  untuk melihat aksi
dan gelagat para peserta.


A
menjeling

B
melangit

C
memaling

D
mendongak

 45. 
Sebelum ________ surat, terlebih dahulu kita perlu melekatkan setem pada sampul surat.


A
pos

B
mempos

C
dipos

D
mengepos


 46. 
Selepas dipujuk oleh ibunya baharulah Salima mengaku __________ perkara itu
Hanya direka-reka untuk menarik perhatian mereka.


A
bahawa

B
yang

C
kalau

D
apabila

  

47.
Sungai yang cetek itu akan ______ bagi mengatasi masalah banjir kilat yang
kerap berlaku akibat kerja-kerja pembangunan yang dijalankan.


A
diperlebar

B
diperlebarkan

C
diperdalam

D
diperdalamkan



48.
Nurul __________ sejambak bunga ros kepada Puan Tasha dalam majlis perpisahan itu.


A
menghadiahi

B
berhadiah

C
menghadiahkan

D
menghadiah




 49. 
Saya akan  _________  Shahrul di Melaka Sentral petang nanti.


A
mengambil

B
menjemput

C
mengundang

D
mengikut